Rawat Kolesterol Secara Semulajadi Menggunakan Daun Moringa, Ini Khasiat Lain!

Donna

rawat-kolesterol-secara-semulajadi-menggunakan-daun-moringa-ini-khasiat-lain

Moringa atau dalam bahasa latinnya disebut Moringa oleifera merupakan sejenis tumbuhan yang kaya dengan khasiat.

Malah di Eropah, daun ini digunakan sebagai ubat, minyak wangi kepada produk kecantikan. Kerana banyak kegunaannya, anda juga kena tahu cara pengambilan daun Moringa supaya anda dapat merasai khasiatnya.

Hakikatnya daun Moringa memang mempunyai pelbagai khasiat yang disimpan.

Buah moringa yang dipanggil kelentang sering dijadikan sebagai bahan tambahan sayuran.Bunga moringa yang sangat wangi telah lama dihasilkan untuk dijadikan minyak wangi oleh beberapa produk kecantikan.Daunnya mempunyai berpuluh-puluh khasiat untuk tubuh manusia.

Ayuh Ma, ketahui cara pengambilan daun Moringa untuk mendapatkan manfaat maksimum untuk kesihatan.

1. Anti tekanan

Berdasarkan hasil penyelidikan dalam Journal of Рharmacology and Рharmacodynamics, dikatakan daun Moringa merupakan salah satu adaptogen semulajadi.

Iaitu, tumbuhan ini mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada kesan toksik yang dicetuskan oleh tekanan.

Bancuh dengan air masak dan minum seperti mengambil air teh beberapa kali untuk mendapatkan khasiat daun Moringa untuk menangani tekanan.

2. Mengurangkan keradangan

Keradangan adalah tindak balas semula jadi badan terhadap kecederaan atau jangkitan yang berlaku di dalam badan. Bagaimanapun, keradangan yang berterusan dipercayai menjadi salah satu punca penyakit jantung dan kanser.

Kandungan anti-radang yang terkandung dalam daun Moringa dikatakan mampu mengurangkan keradangan dalam badan.

3. Kaya dengan antioksidan

Manfaat daun Moringa seterusnya adalah sebagai antioksidan yang dapat melawan radikal bebas dalam tubuh.

Tahap radikal bebas yang tinggi boleh menyebabkan tekanan dan menyebabkan banyak penyakit kronik, salah satunya diabetes.

Memanfaatkan daun Moringa yang kaya dengan antioksidan boleh digunakan sebagai penyelesaian untuk mengurangkan radikal bebas dalam badan. Daun Moringa boleh dibancuh menjadi teh atau ekstraknya boleh digunakan sebagai pengawet makanan semulajadi.

4. Merawat arthritis

Daun moringa juga boleh mengurangkan keradangan dan kesakitan daripada beberapa bentuk arthritis. Dalam kajian haiwan makmal, ekstrak daun moringa mengurangkan sensitiviti kepada rangsangan yang menyakitkan pada sendi artritis.

Penyelidik juga telah mula ambil perhatian bahawa gabungan ekstrak akar dan daun mempunyai “kesan sinergistik” untuk mengurangkan kesakitan.

Berkaitan:

5. Turunkan gula dalam darah

Gula dalam darah boleh menjadi masalah serius untuk kesihatan. Gula darah tinggi boleh menyebabkan diabetes. Secara beransur-ansur, gula darah tinggi boleh menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit jantung.

Salah satu cara untuk menurunkan paras gula dalam darah adalah dengan menggunakan daun Moringa.

Kajian menggunakan 50 gram daun Moringa, kemudian dicampurkan ke dalam makanan. Kemudian hasilnya diketahui dapat mengurangkan peningkatan gula darah sebanyak 21 peratus.

6. Menurunkan kolesterol

Jumlah kolesterol yang tinggi dalam darah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Nasib baik, banyak makanan boleh mengurangkan kolesterol dalam badan, seperti daun moringa, gandum, dan badam.

Sama macam biasa, bancuh daun moringa macam nak minum teh.

7. Anti-kanser

Cara pengambilan daun kalori dan khasiatnya iaitu sebagai anti kanser. Anti-kanser dalam ekstrak daun Moringa telah ditunjukkan dalam kajian kultur tisu sel kanser serviks manusia dalam kajian Toksikologi Makanan dan Kimia.

Ternyata manfaat lain daun Moringa ialah ia dapat menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel kanser. Penyelidik juga membuat kesimpulan bahawa daun moringa menunjukkan potensi untuk pencegahan kanser semulajadi.

Begitulah cara menggunakan daun Moringa untuk merawat pelbagai penyakit. Bukan sahaja mengatasi kolesterol, anda juga boleh mengatasi penyakit lain malah dapat mengelakkan risiko kanser.

Tags

Related Post

Leave a Comment