Umur Paling Ideal Wanita Hamil Sebelum 35 Tahun?

Donna

 

Umur Paling Ideal Wanita Hamil Sebelum 35 Tahun?Tahap kesuburan setiap wanita terbukti akan merudum setiap kali ada peningkatan umur.”

Semua rezeki yang dikurniakan adalah ketentuan Tuhan. Sebagai manusia kita hanya boleh berusaha dan merancang untuk mendapatkan apa yang dihajati. Bagi wanita yang mengimpikan mempunyai zuriat sendiri dan melahirkan anak, anda dinasihatkan supaya memulakan keluarga sebelum mencapai umur pertengahan 30-an. Masa yang ideal untuk memiliki zuriat adalah dari umur 20 hingga 35 tahun.

Selepas melepasi tahap zon selesa atau sesuai untuk hamil, kebanyakkan wanita yang mengandung pada usia 35 tahun ke atas akan mengalami beberapa siri kehamilan yang agak berisiko. Pada usia begini, tahap kesihatan wanita berusia hamil perlu dipantau untuk mengelakkan berlaku gejala yang membahayakan keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.

Pada kehamilan lewat, ovum atau sel telur yang dimiliki wanita berusia 35 tahun ke atas mungkin sudah tidak sesubur ketika muda. Selain itu, mereka juga akan mempunyai jumlah ovum yang agak terbatas kerana ovum wanita semakin lama semakin menurun kualitinya mengikut usia.

Antara risiko hamil di usia lewat adalah:

  • Berisiko tinggi untuk bersalin melalui pembedahan Caesarean dan juga penggunaan perkakas khas untuk membantu kelahiran seperti forseps dan vakum.
  • Risiko kelahiran pramatang.
  • Bayi kurang berat badan.
  • Mudah menghidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi juga memudaratkan kehamilan
  • Pendarahan yang banyak selepas bersalin.
  • Kecacatan pada janin dikesan. Berisiko mengalami insiden kelahiran sindrom down, keabnormalan janin yang bercorak genetik, keguguran secara spontan dan kematian perinatal.
  • Kemungkinan janin meninggal. Ini mungkin disebabkan oleh faktor aneuplodi dan genetik lain yang berkait rapat dengan kelanjutan umur.

Berkaitan:

Walau bagaimanapun, jangan jadikan masalah ini sebagai alasan untuk tidak boleh memiliki zuriat sendiri jika umur anda semakin meningkat. Pastikan anda mendapat saranan dan nasihat daripada doktor atau pakar. Hospital di Malaysia hari ini, telah banyak wujud kaedah perawatan moden obstetrik. Ia diyakini dapat membantu ketika proses kehamilan dan kelahiran seseorang wanita itu dengan selamat. Jika anda adalah golongan wanita yang berisiko ketika hamil pastikan:

  • Pengambilan vitamin tertentu seperti asid folat, dua tiga bulan sebelum mengandung untuk menghindari pembentukan janin yang tidak sempurna.
  • Capai berat badan ideal dan tinggalkan tabiat buruk. Apabila haid tidak datang, buatlah ujian mengandung dan seterusnya menerima perawatan antenatal daripada doktor yang prihatin dan fokus terhadap permasalahan semasa kesihatan.
  • Ujian diagnostik ultrasound pada kandungan berusia 18 hingga 20 minggu perlu bagi menentukan kenormalan janin.
  • Ujian biokimia lain juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti masalah sindrom down.

Sumber: hellosehat

Tags

Related Post

Leave a Comment