Red Velvet Wendy positif COVID-19: Aktiviti Berhenti, Kuarantin Dirumah

by
No comments
Red Velvet Wendy positif COVID-19

Pada 10 Mei, SM Entertainment mengumumkan melalui komuniti peminat Red Velvet, “Wendy merasa tidak sihat dan menjalani ujian antigen pantas hari ini (10 Mei).”

Setelah mendapat keputusan positif ujian COVID-19, Wendy menghentikan semua aktivitinya yang telah dijadualkan dan kini berada di dalam kuarantin serta menerima rawatan di rumah. Oleh itu, Wendy tidak akan dapat mengambil bahagian dalam rancangan radio SBS “Wendy’s Young Street” yang beliau menjadi DJ.

Agensi tersebut menambah, “Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi tumpuan pada pemulihannya dengan mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan artis sebagai keutamaan utama kami.”

Kami mengucapkan semoga Wendy akan pulih dengan cepat!

Share this:

Donna

Brand digital yang boleh anda percayai. Donna mengekalkan ciri elegan dan penuh dengan inspirasi, memastikan kehidupan setiap wanita melayu sentiasa mengujakan.

Leave a Comment