‘Bantuan’ Ini Boleh Anda Minta Untuk Kurangkan Sakit Semasa Bersalin

Donna

bantuan-ini-boleh-anda-minta-untuk-kurangkan-sakit-semasa-bersalin
Young pregnant brunette sitting in the living room and having some contractions

Tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah.”

Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Ada yang langsung tidak mengalami sebarang masalah dan kesakitan ketika melahirkan anak. Ada juga yang menanggung kesakitan ketika ingin melahirkan anak berjam-jam lamanya sehingga menyebabkan mereka serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

Epidural

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua kelahiran jenis pembedahan diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Suntikan epidural diberi apabila seseorang wanita itu mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran. Ia tidak memberi kesan mengantuk. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan wanita hamil yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Kaedah Teknik Pernafasan (Kaedah Lamaze)

Kaedah ini merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan wanita ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini agar dapat mengajar si isteri untuk melalui proses kesakitan dengan tenang. Dengan teknik pernafasan yang betul membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Ramai wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi. Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut.  Ketika kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Suntikan Ubat Opiod

Kaedah ini adalah suntikan yang sama dengan kumpulan morfin atau pethidine. Ada wanita diberi suntikan jenis ini ketika sakit bersalin atas saranan doktor. Kesannya ia akan menghalang otak daripada merangsang  deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang wanita merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya saat kelahiran.

Berkaitan:

Sedutan Gas Entonox  

Sedutan gas Entonox memberi kesan sama seperti suntikan opiod, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. Entonox adalah campuran gas oksigen dan nitrus oksida disarankan untuk diambil pada akhir peringkat kelahiran iaitu sebelum bukaan serviks sampai 10cm. Cara mengambil gas ini:

  • Sebelum kontraksi, anda perlu melekapkan topeng gas entonox ke muka.
  • Pastikan topeng dilekapkan dengan kedap tanpa ada rongga terbuka.
  • Sedut dengan dalam tetapi perlahan sehingga rasa sakit hilang atau anda berasa pening.
  • Topeng perlu dipegang sendiri oleh anda agar dia boleh menyesuaikan sedutan mengikut keperluan.
  • Alihkan topeng apabila sakit mulai hilang. Elakkan daripada menyedutnya terus menerus kerana ia boleh menyebabkan khayal atau dos berlebihan.

Tags

Related Post

Leave a Comment