454 PELAJAR TERIMA AGIHAN BANTUAN PTPTN BERJAYA BAGI RINGANKAN BEBAN

Donna

Datuk Norliza Abdul Rahim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada seorang pelajar di UUM. – Foto PTPTN

Seramai 454 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerima agihan bantuan sebanyak RM227,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ini adalah menerusi inisiatif “Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin” yang diperkenalkan tahun lalu. Program ini bertujuan membantu pelajar kurang mampu dengan menyediakan sumbangan sara hidup bagi mengurangkan beban kewangan dalam tempoh pengajian.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata bantuan RM500 ini boleh menyokong pelajar menumpukan perhatian kepada pengajian sambil mengurangkan beban kewangan. Beliau berharap inisiatif ini dapat mendorong para pelajar berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang dan mendapat pekerjaan baik.

PTPTN bekerjasama dengan IPT seperti Unit Penyelarasan IPT di Jabatan Perdana Menteri untuk menentukan pelajar layak menerima bantuan.

Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua dari kiri) bersamaAhmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kanan) dan Prof Dr. Hj Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM (kiri) bergambar bersama salah seorang pelajar penerima Bantuan KPT-PTPTN Prihatin. – Foto PTPTN

Dalam majlis di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini, seramai 163 pelajar menerima agihan bantuan sebanyak RM81,500. Sementara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, seramai 291 pelajar menerima agihan sebanyak RM145,500 iaitu RM500 setiap pelajar.

Peranan PTPTN dianggap berjaya memenuhi matlamat melahirkan generasi berpendidikan dan berharap segala inisiatif ini memberi impak positif untuk membina graduan bertaraf caemerlang.

Related Post

Leave a Comment