Radamel Falcao PUTAR HALA! Rencana ke JDT GAGAL, dia tetap di Vallecano

Donna

KUALA LUMPUR: Harapan penggemar untuk melihat kemunculan penyerang kelas dunia Radamel Falcao bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak terkabul.

Ini berikutan bekas penyerang Manchester United dan Chelsea itu melanjutkan kontraknya bersama kelab La Liga, Rayo Vallecano untuk musim yang akan datang.

Perkembangan itu menamatkan spekulasi awal bahawa pemain Colombia itu akan membuat penampilan bersama Singa Selatan.

Sebelum ini, media dari Sepanyol melaporkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berusaha untuk mendapatkan khidmat Falcao selepas kontraknya bersama Vallecano sepatutnya berakhir pada 30 Jun lalu.

Laporan itu mengatakan JDT difahamkan tidak mempunyai masalah untuk menawarkan kontrak sehingga 2025 kepada Falcao.

Falcao dianggap antara penyerang terunggul selepas mewakili beberapa kelab utama seperti River Plate, Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, United, Chelsea dan Galatasaray.

Walaupun impian untuk melihat Falcao bersaing bersama JDT tidak tercapai, ini tidak menjejaskan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu.

Sebaliknya, Singa Selatan kini berada pada landasan terbaik untuk melengkapkan kejuaraan sedekad yang dipertahankan mereka sejak 2014.

Related Post

Leave a Comment