Pocket Rocketman Azizulhasni melonjak dalam keirin dunia, ranking acara pecut

Donna

KUALA LUMPUR, 22 Jun ― Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang telah diberi suntikan semangat dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris apabila melonjak ke tangga ketiga acara keirin dunia serta kedudukan keenam bagi acara itu. acara lari pecut.

Dalam ranking terkini Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI), Pocket Rocketman naik dari tangga ke-10 kepada ketiga dunia di belakang pelumba Belanda, Harrie Lavreysen di tempat pertama dan pelumba Australia, Matthew Richardson di kedudukan kedua untuk keirin.

Acara pecut, menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menduduki tempat keenam di belakang pelumba Jepun, Kaiya Ota di kedudukan keempat dan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev di kedudukan kelima.

Kedudukan pertama dunia acara pecut kekal tidak berubah dengan Lavreysen (Belanda) mendahului senarai diikuti Richardson (Australia) di tempat kedua dan Mateusz Rudyk (Poland) di kedudukan ketiga.

Kedudukan terbaharu itu diraih pelumba Malaysia berusia 35 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023, baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Kedudukan dunia saya sekarang telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar yang dikongsikan dengan semua orang, ranking dunia saya sekarang ialah Keirin ― 3 manakala Pecut Individu ― 6.

“Ia sememangnya memberi saya peluang untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga satu langkah yang sangat positif untuk proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024,” kata Mohd Azizulhasni dalam perkongsian di laman Facebook rasminya, hari ini. ― Bernama

Related Post

Leave a Comment