Kroos menyambung kontrak Real Madrid untuk musim tambahan

Donna

MADRID, 21 Jun — Toni Kroos telah bersetuju untuk menyambung kontraknya dan akan kekal di Real Madrid musim depan, umum kelab gergasi Sepanyol itu hari ini.

Perjanjian pemain tengah berusia 33 tahun itu sebelum ini akan tamat pada akhir Jun tetapi dia kini akan kekal untuk kempen ke-10 di Madrid.

Kroos telah memenangi empat Liga Juara-Juara dan tiga gelaran La Liga sejak menyertai Real dari Bayern Munich pada 2014, ketika dia juga memenangi Piala Dunia bersama Jerman.

Jurulatih Carlo Ancelotti sebelum ini berkata beliau menjangkakan Kroos dan pemain tengah veteran Luka Modric, 37, akan kekal di Santiago Bernabeu untuk semusim lagi.

Madrid menandatangani pemain remaja Inggeris, Jude Bellingham dari Borussia Dortmund minggu lalu dengan harga lebih €100 juta (RM507 juta), menambah pilihan bahagian tengah mereka yang sudah termasuk Fede Valverde dan pemain muda Perancis Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga. — AFP

Related Post

Leave a Comment