Jurulatih Paris Saint Germain Christophe Galtier ditahan, kata pendakwa raya

Donna

NICE, 30 Jun — Jurulatih Paris Saint Germain Christophe Galtier ditahan kerana disoal siasat bersama anaknya sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan diskriminasi, kata pendakwa raya Nice kepada AFP pada Jumaat.

Langkah itu susulan siasatan yang dilancarkan pada April, berikutan dakwaan dia membuat kenyataan berbaur perkauman dan Islamofobia mengenai pemain ketika dia melatih Nice pada musim 2021/22.

Galtier bakal dipecat oleh pemilik PSG dari Qatar selepas musim yang agak mengecewakan di mana PSG mengalami 10 kekalahan pada 2023, terkeluar daripada Liga Juara-Juara, objektif utama pasukan itu, pada pusingan 16 terakhir. — AFP

Related Post

Leave a Comment