Harbin bandar China akan menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia pada 2025

Donna

HARBIN, 9 Julai — Bandar Harbin di China akan menjadi tuan rumah edisi kesembilan Sukan Musim Sejuk Asia pada 2025, umum Majlis Olimpik Asia semalam.

Bandar utara itu, yang telah diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan Agung, akan menganjurkan temasya itu buat kali kedua, selepas penganjurannya sebelum ini pada 1996.

Ia akan menjadi kali ketiga China menjadi tuan rumah Sukan yang diadakan di Changchun pada 2007.

Trojena di Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia pada 2029. — Reuters

Related Post

Leave a Comment