Hamilton menduduki petak pertama di Hungary

Donna

BUDAPEST, 22 Julai ― Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton merangkul rekod petak pertama ke-104 dalam karier Formula Satunya di Grand Prix Hungary hari ini.

Warga Britain berusia 38 tahun itu menewaskan pendahulu kejuaraan Red Bull, Max Verstappen dengan hanya 0.003 saat untuk petak pertama yang juga rekod kesembilan di litar yang sama.

Ia adalah kedudukan pertama Hamilton sejak Arab Saudi pada Disember 2021. ― Reuters

Related Post

Leave a Comment