Ceballos Madrid akan terlepas permulaan musim kerana cedera

Donna

BARCELONA, 13 Julai — Pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos berkemungkinan terlepas permulaan musim selepas kelabnya mengesahkan dia mengalami kecederaan hamstring pada Khamis.

Pemain Sepanyol berusia 26 tahun itu akan diketepikan sehingga enam minggu menurut laporan media Sepanyol, mengetepikan dia daripada jelajah pramusim Los Blancos dan berkemungkinan dua pusingan pertama perlawanan La Liga.

Ceballos memperbaharui kontraknya di Madrid sehingga 2027 musim panas ini tetapi berdepan perjuangan yang sukar untuk membuktikan dirinya sebagai pemain utama, dengan pemain tengah veteran Luka Modric dan Toni Kroos turut menandatangani perjanjian baharu.

Madrid membelanjakan lebih €100 juta (RM513 juta) untuk pemain antarabangsa England, Jude Bellingham, manakala Fede Valverde, Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga adalah pilihan lain dalam barisan tengah Carlo Ancelotti yang penuh sesak. — Bernama

Related Post

Leave a Comment