Bintang bola sepak Brazil Neymar didenda AS$3.5 juta kerana kesalahan alam sekitar

Donna

RIO DE JANEIRO, 4 Julai — Pihak berkuasa Brazil semalam berkata bintang bola sepak Neymar didenda 16 juta reais (AS$3.33 juta atau RM15.5 juta) kerana melanggar peraturan alam sekitar semasa pembinaan rumah agam pantainya di tenggara Brazil.

Projek mewah itu melanggar peraturan berhubung penggunaan dan pergerakan sumber air tawar, batu dan pasir, yang pertama kali didakwa pihak berkuasa tempatan akhir bulan lalu dan disahkan semalam.

Jurucakap Neymar enggan mengulas mengenai perkara itu.

Kediamannya terletak di bandar Mangaratiba di pantai selatan negeri Rio de Janeiro Brazil.

Badan alam sekitar Mangaratiba berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa pelanggaran alam sekitar telah dibuat “dalam pembinaan tasik buatan di rumah agam itu.”

Selain denda, kes itu akan disiasat oleh pejabat peguam negara tempatan, polis sivil negeri dan pejabat perlindungan alam sekitar, antara badan kawalan alam sekitar yang lain. — Reuters

Related Post

Leave a Comment