Alcaraz menang tetapi Sepanyol kalah di Piala Hopman

Donna

PARIS, 23 Julai — Juara Wimbledon yang baru dinobatkan, Carlos Alcaraz menewaskan pemain Croatia, Borna Coric pada Piala Hopman tetapi tidak dapat menghalang Sepanyol daripada tersingkir daripada saingan pasukan yang dimulakan semula semalam.

Pemain nombor satu dunia Alcaraz bangkit menentang Coric 6-3, 6-7 (6/8), 10-5.

Bagaimanapun, Sepanyol tersingkir daripada saingan ke final apabila Rebeka Masarova mudah ditewaskan oleh Donna Vekic 6-2, 6-1.

Sepanyol perlu menewaskan Croatia 3-0 untuk berpeluang mara ke final hari ini untuk menentang Switzerland.

Bagaimanapun, mereka turut tewas dalam beregu campuran dengan Alcaraz dan Masarova tewas 1-6, 6-4, 14-12 kepada Coric dan Vekic.

Croatia mara ke perlawanan akhir hari ini menentang Switzerland. — AFP

Related Post

Leave a Comment