SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menamakan bekas Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia, Datuk Eddin Syazlee Shith sebagai calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN negeri itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu majlis di Seremban malam tadi.
Selain itu, PN juga mempertaruhkan nama Danni Rais, anak kepada bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim untuk bertanding di DUN Klawang. Danni dijangka hadapi pertandingan sengit dengan sepupunya, Datuk Bakri Sawir yang kini menjadi penyandang kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH).
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, dua kerusi lain iaitu DUN Jeram Padang dan Sri Tanjong belum diumumkan ekoran masalah teknikal. Calon untuk kedua-dua kerusi itu akan diumumkan esok.
Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha pula akan mewakili PN di DUN Pilah.
Walaupun sudah mengumumkan keseluruhan calon untuk kontest PRN kali ini, Ahmad Faizal berkata PN tidak akan menamakan calon Menteri Besar pada masa ini. Beliau berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian, bergantung kepada strategi PN.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian untuk PRN di enam negeri termasuk Negeri Sembilan,Selangor, Pulau Pinang,Kedah,Terengganu dan Kelantan.
Berikut adalah senarai calon PN Negeri Sembilan
N01 – Chennah – Rosmadi Arif (BERSATU)
N02 – Pertang – Amirudin Hassan (PAS)
N03 – Sungai Lui – Muhammad Nordin Hashim (PAS)
N04 – Klawang – Danni Rais (BERSATU)
N05 – Serting -Muhammad Fairoz Mohd Isa (PAS)
N06 – Palong – Noor Azuan Parmin (BERSATU)
N07 – Jeram Padang – belum diumum
N08 – Bahau – Kumar S Paramasivam (PAS-DHPP)
N09 – Lenggeng – Mohd Fadli Che Me (PAS)
N10 – Nilai – Gan Chee Biow (BERSATU)
N11 – Lobak – Ng Soon Lean (GERAKAN)
N12 – Temiang – Chua Eng Pu (GERAKAN)
N13 – Sikamat – Ahmad Raihan Muhamad Hilal (BERSATU)
N14 – Ampangan – Muhammad Ghazali Zainal Abidin (BERSATU)
N15 – Juasseh – Eddin Syazlee Shith (BERSATU)
N16 – Seri Menanti – Jamali Salam (BERSATU)
N17 – Senaling – Amrina Mohd Khalid (BERSATU)
N18 – Pilah – Rafie Mustapha (PAS)
N19 – Johol – Kamarudin Md Tahir (PAS)
N20 – Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker (BERSATU)
N21 – Bukit Kepayang – Subramaniam Purushothama (BERSATU)
N22 – Rahang – Lee Boon Shian (GERAKAN)
N23 – Mambau – Sathes Kumar Nilammeham (PAS-DHPP)
N24 – Seremban Jaya -Lee Ban Fatt (GERAKAN)
N25 – Paroi – Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PAS)
N26 – Chembong – Bakly Baba (BERSATU)
N27 – Rantau -Rozmal Malakan (PAS)
N28 – Kota -Ahmad Syukri Abd Shukor (BERSATU)
N29 – Chuah – Tan Jay Son (GERAKAN)
N30 – Lukut -Ragu Subramaniam (PAS-DHPP)
N31 – Bagan Pinang – Abdul Fatah Zakaria (PAS)
N32 – Linggi – Zamri Md Said (BERSATU)
N33 – Sri Tanjong – belum diumum
N34 – Gemas -Ridzuan Ahmad (BERSATU)
N35 – Gemencheh – Tengku Abdullah Tengku Rakman (PAS)
N36 – Repah – Yong Li Yi (GERAKAN)