Pasangan muda dihukum penjara 30 tahun atas kes bunuh bayi baru lahir

Donna

Pasangan muda dihukum penjara 30 tahun atas kes bunuh bayi baru lahir
Istana Kehakiman

PUTRAJAYA – Satu pasangan muda terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan hari ini, buat julung kalinya melaksanakan pindaan undang-undang yang melarang hukuman mati mandatori.

Fikri Hakim Kamaruddin, 27 tahun dan isterinya, Nurul Filzatun Sahirah Abdul Aziz, 28 tahun kini dihukum penjara selama 30 tahun. Mahkamah juga memerintahkan Fikri menerima 12 sebatan rotan.

Hakim yang mendengar kes ini membuat keputusan untuk menggantikan hukuman mati dengan 30 tahun penjara berdasarkan fakta dan sirkumstan kes ini. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Mahkamah mendapati terdapat niat bersama oleh pasangan muda ini untuk membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan tersebut berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan.

Kejadian berlaku pada Disember 2017 di Kota Tinggi, Johor apabila bayi tidak bernyawa ditemui dikebumikan di kawasan hutan. Mayat bayi perempuan berusia beberapa hari menunjukkan tanda-tanda lemas dan sesak nafas.

Peguam pasangan muda itu memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas anak guam mereka. Mereka menjelaskan pasangan ini terlalu muda dan ianya berlaku akibat tekanan dan keadaan mereka pada masa itu.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman gantung kalau mahkamah tidak bersetuju dengan itu paling kurang 35 tahun penjara kerana kesalahan tersebut.

Related Post

Leave a Comment