4 Kesan Positif Diet Mayo Yang Perlu Anda Tahu!

Donna

4 Kesan Positif Diet Mayo Yang Perlu Anda Tahu!
Diet mayo atau diet rendah garam bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, malah ia memberi beberapa manfaat seperti membantu kesihatan buah pinggang, jantung, metabolisme dan penapaian.Cuba diet mayo hari ini!

Diet mayo adalah salah satu jenis diet yang memberi tumpuan untuk mengurangkan pengambilan garam, sama ada melalui makanan olahan dengan garam maupun pelbagai makanan lain yang memiliki kandungan garam.

Apabila mempraktikkan diet ini anda akan kekurangan bekalan garam dan juga kandungan air dalam tubuh , lalu berat badan anda akan turun dengan cepat. Ini disebabkan garam mempunyai sifat mengikat air ,maka jika anda tidak mengambil garam tubuh akan melepaskan banyak air.

Diet ini memiliki manfaat kesehatan lain selain menurunkan berat badan.Berdasarkan pelbagai sumber, terdapat empat manfaat diet mayo untuk kesehatan.

1. Mencegah penyakit ginjal

diet mayo berguna untuk mencegah timbulnya penyakit ginjal.Apabila mempraktikkan diet mayo, tahap garam dalam badan akan jauh berkurangan,maka ginjal tidak perlu bekerja terlalu kuat.

2. Menjaga kesehatan jantung

Dengan mempraktikkan diet mayo dimana anda banyak mengonsumsi buah-buahan dan sayuran serta berhenti mengambil garam juga dapat membantu menjaga kesehatan jantung.Tubuh anda akan terhindar dari tekanan darah yang tidak normal, maka jantung tidak perlu bekerja terlalu kuat dalam memompa darah ke seluruh tubuh.

3. Memperbaiki metabolisme

Kebiasaan tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak mengambil garam bisa mengganggu metabolisme tubuh. Dengan mempraktikkan diet mayoo dan meninggalkan pelbagai kebiasaan mengambil garam berlebihan dapat membantu memperbaiki metabolisme,maka nutrien dalam makanan yang diambil dapat diserap dan dimanfaatkan dengan baik oleh tubuh.

4. Melancarkan pencernaan

Menu harian diet mayo kebanyakannya memasukkan unsur buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya serat, maka sangat baik untuk melancarkan pencernaan.Makanan dapat diserap dan dibuang oleh tubuh dengan baik.

Tags

Related Post

Leave a Comment