Di Malaysia, penyakit mental meningkat dari tahun 1996 hingga 2023 iaitu 10.6% kepada 29.2%. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jika peratusan di negara ini makin meningkat, penyakit ini bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020.
Antara faktor penduduk Malaysia mengalami penyakit tertekan adalah kerana bebanan kerja melampau, tugasan yang mempunyai konflik, kelemahan komunikasi, kurang keyakinan terhadap masa hadapan, penderaan fizikal, psikologi dan seksual serta kurangnya sokongan daripada pihak atasan. Kesemua faktor ini disebabkan gaya hidup.
Bagi membantu penyakit mental di Malaysia berada di ranking kedua, apa kata anda sendiri mengubah gaya hidup anda dengan cara pemakanan kerana kajian di Institusi London telah membuktikan di mana pengambilan makanan yang sihat dan betul dapat memberi kesan terhadap mood serta memberi terapi ketenangan sekaligus dapat membantu imun dan neurologi berfungsi dengan baik.
Antara pemakanan yang di cadangkan oleh pakar Nutrisi Institusi Kesihatan di London adalah…
Buah Kiwi
Kandungan gizi yang terdapat dalam buah kiwi iaitu vitamin C dan E plus folat mampu mengurangkan tekanan oksidatif yang menyebabkan keradangan kronik. Malah, buah kiwi juga mampu mengeluarkan serotonin dan neurotransmitter untuk meningkatkan ketenangan dalaman tubuh.
Susu
Mungkin ada sesetengah dari anda tidak gemar dengan susu tapi kajian sains mengatakan susu mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, kalium, dan magnesium. Untuk pengetahuan anda, magnesium bertindak sebagai mengurangkan tekanan.
Makanan laut
Makanan laut menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Namun ada sesetengah individu tidak boleh makan makanan laut disebabkan alahan tapi, tahukah anda jenis makanan ini dapat membantu meningkatkan rangsangan kognitif disebabkan asid lemak omega-3 dari makanan laut.
Yogurt
Yogurt mengandungi mineral utama yang berfungsi membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan mood kerana mengandungi probiotik. Jika tidak suka makan yogurt saja, mungkin anda boleh makan dengan makanan ringan atau pun nanchos.
Haa… lepas ni tak perlu dah nak stres lagi, ajak kawan-kawan atau pasangan anda mengamalkan senarai makanan yang disyorkan oleh pakar nutrisi ni. Ingat! Bukan pemakanan je yang kena jaga tau, tapi perlu luangkan masa untuk diri sendiri pada hujung minggu juga. Barulah tak stres!