BASTAD (Sweden), 24 Julai — Andrey Rublev dari Rusia menewaskan pilihan utama dari Norway, Casper Ruud 7-6(3) 6-0 dalam perlawanan akhir Terbuka Sweden untuk menuntut gelaran gelanggang tanah liat keduanya tahun ini semalam di Bastad.
Pemain berusia 25 tahun itu, yang merangkul gelaran Masters 1000 di Monte-Carlo pada April, memenangi gelaran ATP ke-14 dalam kariernya.
“Ia sentiasa hebat untuk memenangi kejuaraan,” kata pilihan kedua, Rublev.
“Ia adalah perasaan istimewa dan perlawanan akhir dimainkan dalam keadaan sukar, tetapi saya bernasib baik.” — Reuters