LONDON, 10 Julai — Pemain nombor tiga dunia Daniil Medvedev mara ke suku akhir Wimbledon pertamanya hari ini apabila lawan dari Czech, Jiri Lehecka bersara kerana kecederaan.
Medvedev mendahului 6-4, 6-2 apabila lawannya di ranking ke-37, yang memerlukan masa rehat perubatan kerana kecederaan kaki kanan, bersara daripada pertembungan Court One mereka.
Bekas pemenang Terbuka AS Medvedev akan menentang sama ada Stefanos Tsitsipas, pemain nombor lima dunia Greece, atau pemain bukan pilihan Christopher Eubanks dari Amerika Syarikat untuk tempat ke separuh akhir.
“Saya melihat pergerakannya dihadkan tetapi saya tidak nampak ia menyebabkan sebarang masalah sebenar,” kata Medvedev.
“Tetapi apabila saya melihat dia akan bersara, saya lihat ia berbeza.
“Saya tiada pilihan selain terus berjuang sehingga mata terakhir. Saya kesian dengan Jiri. Semoga dia akan pulih dan bermain di banyak lagi Grand Slam.” — AFP