Beregu lelaki negara Sze Fei-Nur Izzuddin memenangi kejuaraan terbuka AS

Donna

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran pertama mereka tahun ini selepas muncul juara Terbuka AS 2023 semalam.

Pasangan pilihan ketiga itu hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen dari Taiwan 21-9 dan 21-10 dalam perlawanan akhir di Mid-America Centre, Council Bluffs, Iowa.

Terbuka AS adalah kejohanan pertama untuk pasangan nombor 53 dunia yang bertemu semula bulan lalu selepas berpisah pada Februari.

Kemenangan mereka menandakan berakhirnya kemarau gelaran selama setahun sejak Terbuka Jerman 2022.

Sze Fei-Nur Izzuddin menerima hadiah AS$16,590 (RM77,562), manakala naib juara Fang-Chih-Fang-Jen dianugerahkan AS$7,980 (RM37,308). — Bernama

Related Post

Leave a Comment