Setiap individu dilahirkan dengan tahap kecerdasan tersendiri. Ada yang cemerlang dan jadi personaliti yang mengagumkan. Sesetengah pula berada pada purata seperti kebanyakan orang. Mereka juga istimewa di mata semua.
Mengikut healthline.com, pakar percaya setiap orang ada potensi meningkatkan kecerdasan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh naikkan kecerdasan. Ini perangai harian yang boleh kita amalkan:
Bermain alat muzik
Untuk memanfaatkan otak, satu perangai baik ialah bermain alat muzik. Mengambil bahagian dalam muzik berguna melatih kebolehan otak, kreativiti, kemahiran pemprosesan bahasa, nada, matematik dan lain-lain. Ia mampu menambah fungsi otak tanpa mengira umur.
Membaca buku
Membaca bukan sahaja mendidik otak tetapi meluaskan minda. Pakar dapati ia boleh kurangkan tekanan, naikkan kesihatan minda serta membuat anda bahagia. Perasaan ini yang akan berjaya membuat otak bijak, mengagumkan dan cemerlang.
Senaman
Jangan terlepas tabiat sihat bersenam. Senaman kerap boleh lancarkan aliran darah ke otak dengan baik. Ia juga memberi badan sihat. Badan sihat mempunyai kesan besar ke atas kecerdasan otak. Berbanding orang yang banyak duduk, orang yang banyak bergerak adalah lebih cerdas. Otak boleh bekerja lebih pantas dengan pergerakan badan yang mencukupi setiap hari.
Meditasi
Aktiviti meditasi juga baik untuk menaikkan kecerdasan otak. Kajian Prosiding Akademi Sains Kebangsaan mendapati jika anda bermeditasi seperti diam dan beramal yoga, anda akan meningkatkan secara penuh kecerdasan otak.
Latihan otak
Aktiviti latihan otak seperti memahami teka-teki silang, sudoku, catur, permainan papan, kad dan sebagainya turut boleh naikkan kecerdasan. Orang yang aktif gunakan otak juga dapat mengurangkan risiko kemurungan dan kebimbangan.
Itulah beberapa perangai harian yang sangat membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak. Ia penting kita mengamalkan aktiviti di atas. Selain mendidik otak, aktiviti ini dipercayai boleh pencegah Alzheimer, demensia dan masalah otak pada usia tua. Harap maklumat ini berguna.