Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Tasik Kenyir

Donna

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA BERANG: Seorang lelaki dilaporkan hilang manakala seorang lagi cedera di kepala selepas terjatuh dari sebuah bot di Sungai Pertang, Tasik Kenyir, pada kira-kira 11 pagi tadi.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohd Faisal Derahman, 42, dan berasal dari Kampung Pasir Dula, Hulu Terengganu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohd berkata kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki dua rakan itu bertembung dengan sebuah bot lain yang membawa tujuh penumpang.

“Pelanggaran itu menyebabkan Mohd Faisal dan rakannya terjatuh ke dalam air. Rakannya yang cedera di kepala berjaya dibawa naik dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan, namun Mohd Faisal tidak berjaya ditemukan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanaffi berkata usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan bantuan agensi keselamatan lain. -Bernama

Tags

Related Post

Leave a Comment