PETALING JAYA: Kerajaan akan melancarkan naratif ekonomi Madani (MEB) pada Ogos, kata Rafizi Ramli.
Menteri ekonomi berkata MEB akan memberi tumpuan kepada mewujudkan ekonomi bernilai tinggi yang mampan, menambah baik liputan keselamatan sosial, dan mereformasi pasaran buruh untuk menghadapi cabaran struktur ekonomi.
“Inisiatif ini (MEB) akan dilaksanakan dengan komitmen untuk memastikan usaha kerajaan dalam meningkatkan struktur ekonomi negara dan rakyat adalah berkesan, dan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, MEB akan menggariskan tiga aspek termasuk membawa pembaharuan kewangan kepada kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur khusus secara mampan.
Beliau juga berkata pembaharuan akan diberi keutamaan untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih luas bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, sambil menambah bahawa pembaharuan gaji dan pasaran buruh untuk mewujudkan pertumbuhan gaji tinggi dan pekerjaan berkualiti tinggi adalah sebahagian daripada rancangan itu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaannya bersedia untuk melancarkan naratif ekonomi baharu yang sejajar dengan konsep Madani.
Menurut Anwar, objektif naratif Madani adalah untuk menyediakan setiap kementerian dan agensi arahan yang jelas untuk melaksanakan rancangan ekonomi kerajaan perpaduan. -fmt