KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan hala tuju untuk memperkenalkan berbilang pengendali rel, berdasarkan hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang dijalankan, kata menteri pengangkutan Loke Siew Fook.
Di Dewan Rakyat hari ini, Loke berkata kajian itu bertujuan menambah baik tadbir urus dan rangka kerja model
“Kemampanan operasi dan penambahbaikan ekosistem dalam pengurusan kereta api sentiasa diteliti supaya pengusaha terus berdaya saing dan memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk membuka meningkatkan perkhidmatan kereta api untuk bersaing.
Kajian itu juga termasuk melihat pengukuhan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Perbadanan Aset Keretapi.
Tambahnya, kementerian pengangkutan juga melihat peluang untuk menambah baik ekosistem pengurusan kereta api bagi sektor laluan utama dan antara bandar yang kini dikendalikan oleh KTMB.