LONDON: Untuk menyambut ulang tahun ke-110nya, Aston Martin memperkenalkan Valour – edisi khas berprestij berenjin V12 bertransmisi manual dibina untuk menghormati tradisi panjang syarikat dalam pembinaan kereta sukan berenjin depan yang cemerlang.
Valour adalah satu-satunya kereta sukan berenjin V12 hadapan yang tersedia dengan transmisi manual pada 2023, menjadikannya pendekatan paling klasik.
Dengan pengeluaran terhad kepada 110 buah di seluruh dunia, Valour dipacu oleh enjin V12 berkembar-turbo 5.2 liter yang menghasilkan 715 ps/753 Nm bergandingan buat pertama kalinya dengan transmisi manual enam kelajuan khas.
Brek Keramik Karbon standard menawarkan daya seret cukup melalui cakera hadapan 410mm x 38mm dan brek belakang 360mm x 32mm.
Melihat keseluruhannya, siri Valour memenuhi misi Aston Martin untuk menghasilkan kereta sukan yang luar biasa dan berprestij sebagai penghormatan 110 tahun syarikat yang mulia. Kosmetik karbon fiber agresif dan spesifikasi pemanduan yang diperhalusi merupakan representasi sempurna gaya jenama.
Pengguna boleh memilih spesifikasi peribadi tetapi kita patut mengingati misi utama siri Valour yang menghargai tradisi panjang jenama dalam pembinaan kereta V12 yang mewah dan berprestij.
Pengeluaran dijangka bermula pada suku ketiga 2023 dengan penghantaran pada suku keempat 2023. Valour akan menjadi contoh sempurna dari keunggulan reka bentuk dan kejuruteraan Aston Martin.