Sis, korang tau tak sekarang ni, kita boleh share kredit dengan orang lain tak hanya melalui kedai je. Kita sebagai pengguna perkhidmatan selular TuneTalk pun boleh share kredit dengan pengguna lain tau. Tunetalk menyediakan perkhidmatan perkongsian kredit yang membolehkan korang berkongsi kredit dengan rakan-rakan, keluarga, atau orang terdekat yang kehabisan kredit.
Sebelum korang nak transfer kredit, pastikan korang semak dulu baki kredit yang korang ada supaya korang tahu jumlah kredit yang masih tersedia.
Nak semak baki TuneTalk, korang boleh guna cara-cara ni:
- Dail *133# untuk semak baki kredit.
- Dail *134# untuk semak baki kuota.
- Dail *111# untuk melihat perkhidmatan lain.
Setiap transfer kredit yang korang buat melalui TuneTalk ada terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi tau. Jangan risau, tak susah pun.
Syarat untuk transfer kredit TuneTalk:
- Minimum transfer RM1, maksimum transfer RM10 sehari dengan baki aktif yang mencukupi.
- Setiap SMS yang dihantar ke 2222 tak diberi nilai kredit.
- Caj 50 sen akan dikenakan setiap transfer kredit yang berjaya.
Kredit yang korang transfer pulak ada tempoh kesahan tertentu, ni dia:
- RM3: 1 Hari
- RM5: 3 Hari
- RM10: 3 Hari
Untuk share kredit TuneTalk melalui SMS, korang boleh ikut langkah-langkah ni:
- Taip SMS dengan format RM amount nombor penerima hantar 23232
Contoh 1: RM5 0105004321 hantar ke 23232
Contoh 2: RM10 0105001234 send to 23232
Kalau korang nak share kredit TuneTalk guna Dial, boleh ikut langkah-langkah ni:
- Taip *111# dan tekan call.
- Pilih opsyen no. 4, Credit.
- Masukkan nombor penerima dan jumlah kredit yang korang nak share.
Lepas korang hantar SMS atau guna Dial tu, korang akan dapat pengesahan SMS dan RM0.50 akan ditolak daripada pengirim dan penerima.
Jadi, korang tak perlu risau kalau kawan-kawan korang kehabisan kredit. Share kredit TuneTalk je, senang je kan?
Berkaitan: